Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan di sebuah permis hiburan di ibu kota, Sabtu lalu.


Menurut sumber dari Suara TV, Meera Alyanna Mukhriz di tahan oleh sepasukan anggota polis sekitar jam 1.20 pagi sebelum di bawa ke balai polis di Taman Tun Dr Ismail.

“Polis Kuala Lumpur telah terkesan isu yang ditularkan di media sosial berkaitan tangkapan anak seorang VIP yang didakwa telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tetapi terlepas daripada tindakan pihak Polis.

Menurut sumber, Meera yang juga merupakan anak kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu berada di dalam keadaan mabuk ketika di tahan.


“Siasatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu, pihak Polis turut menahan (20) lelaki dan (9) wanita warganegara Malaysia yang dipercayai pengunjung premis dan telah berada di premis tersebut melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP,” memetik kenyataan tersebut.

Menurut Mazlan semua pengungjung yang di tahan di kenakan kompuan sebanyak RM1,000.

[fbcomments]