Dah lama mencari dan teringin nak cuba ramen dari Jepun yang tiada pork dan sedap?
Semangkuk ramen Jepun yang panas sememangnya memuaskan. Ditambah pula dengan hirisan kikurage mushrooms. Begitu menyelerakan!
Walaupun ramai yang kata ramen dari Jepun ni memang sangat sedap rasanya tapi tak dinafikan ramai juga yang berasa was-was nak mencubanya kerana terdapat pelbagai jenis ramen dari Jepun yang rata-ratanya mengandungi bahan-bahan tidak halal.
No Pork dan Alkohol
Tapi kini tidak lagi dengan adanya ICHIRAN Ramen 100% Free of Tonkotsu/Pork Free. Meskipun ianya tiada Pork, tapi ramen ini masih mempunyai rasa yang asli !
Keseimbangan setiap bahan iaitu kelikatan sup, tekstur mi dan taburan bahan sampingan ‘topping’ dicampurkan secara harmoni itu memiliki rasa yang cukup unik dan umph!
Ramen yang popular di Jepun
Seperti sedia maklum, ramen merupakan makanan tradisional Jepun dan ianya sangat popular.
Namun ICHIRAN ramen ini adalah original dari Fukuoka,Jepun yang kini mempunyai lebih 580 cawangan restoran. Bukan sahaja popular di Jepun, malah ianya turut mendapat tempat di hati seluruh masyarakat di luar terutamanya di Hong Kong dan Taiwan.
Terhad 500 hidangan setiap hari
Kalau korang nak tahu, sekarang ni ICHIRAN RAMEN ada buka POP-UP eatery booth di FoodMarket ISETAN KLCC bermula pada hari ini, 13 Mac sehingga 22 Mac 2020 sahaja. Dibuka pada setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 8 malam.
Untuk pengetahuan, ramen ini sangat terhad dimana ianya hanya dihidangkan sebanyak 500 hidangan sahaja untuk sehari dengan harga RM22 untuk semangkuk.
Jika korang tak nak makan kat situ, korang juga boleh beli di dalam kotak dengan harga RM110 setiap satu kotak (boleh buat 5 hidangan). Tapi untuk kotak ini pula terhad kepada 50 kotak setiap hari.
Memang limited edition, siapa cepat dia dapat! So tunggu apa lagi? Jom dapatkan sekarang sebelum terlambat!