Seorang lelaki menuntut ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM167,017) dari isterinya selepas kemaluannya cedera parah akibat dipotong oleh wanita tersebut. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah penginapan di Daerah Jebres, Kota Solo.
Nak Buat Rawatan
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Detik News, tujuan lelaki tersebut menuntut ganti rugi yang berjumlah tinggi itu adalah untuk melakukan rawatan pada kemaluannya yang cedera. Menurut peguam yang mewakili mangsa iaitu Aji Mastoto, wang tersebut akan digunakan oleh anak guamnya untuk menjalani rawatan selama setahun bagi membetulkan semula zakarnya.
“Tidak ada cara lain buat anak guam saya untuk sembuh melainkan dengan cara melakukan pembedahan transplans. Itu pun perlu dilakukan di Filipina. Dan sekiranya hendak dilakukan, kami perlu menunggu ada pesakit transgender yang mahu menukar alat kelamin mereka lalu diberikan kepada si mangsa. Dan pembedahan itu memerlukan kos yang sangat besar”, jelas peguam.
Punca Pergaduhan Kemaluan Suami Dipotong
Difahamkan, kejadian tersebut terjadi berpunca akibat si isteri tidak berpuas hati terhadap suaminya itu. Kini, suspek telah ditahan dan disyaki melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Kredit: Detik News