Semalam telah tular berita Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu.

Dalam laporan Berita Harian Online, adik Shuhada yang dikenali sebagai Sofia memaklumkan sebenarnya pasangan itu leha berdepan masalah rumah tangga sejak tahun lalu selepas kehadiran orang ketiga iaitu Athira Yuhada.

Sofia juga menambah, Hafidz dan kakaknya sudah tidak tinggal bersama sejak minggu ini selain mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata tersebut.

“Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini.
“Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali. Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah,” katanya.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai selepas isterinya mendedahkan aktor berkenaan mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikatakan bekas kekasihnya.

Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: BH

[fbcomments]