Berita kematian seorang gadis berusia 19 tahun yang dibunuh kejam dalam kejadian di rumah mangsa semalam telah tular dan mengejutkan ramai pihak.

Ramai yang tidak percaya mangsa yang pada mulanya disyaki hanya disamun itu kini disyaki dibunuh kawan perempuannya sendiri.

Perselisihan faham

Menurut laporan beberapa akhbar, difahamkan kejadian berpunca berpunca daripada isu perselisihan faham dengan rakan seusianya itu.

Bapa kepada mangsa, Allahyarham Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, berkata dia juga tidak menyangka gadis sebaya usia arwah dan dikenalinya sanggup mengambil tindakan kejam sedemikian.

Rakan Sekolah Nur Surya Ditahan

Seorang remaja perempuan ditahan, susulan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail di rumah keluarganya di kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

#BeritaTV9

Posted by Berita TV9 on Monday, November 2, 2020

Namun dalam masa yang sama, dia sudah menjangkakan pelakunya adalah wanita berdasarkan kesan tapak kaki kecil, tetapi tidak tahu identiti individu terbabit.

Terdapat beberapa kesan tapak kaki berserta darah di atas lantai menuju pintu bilik, selain bedak yang ditabur pada pintu almari dipercayai bertujuan menghilangkan kesan cap jari.

Arwah sudah lama tidak berkawan dengan (suspek) wanita terbabit, tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa kepada pembunuhan.

Pelajar tingkata 6 ditahan

Walau bagaimanapun, suspek yang merupakan pelajar tingkatan enam itu telah pun ditahan reman.

Kes bunuh di hadapan mak di Terengganu semalam. Pelaku adalah kawan baik sendiri.

Posted by Milo Tabur Viral on Monday, November 2, 2020

Suspek hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 9 November 2020.

Menggigil dan mengalir air mata

Menerusi laporan Buletin TV3, suspek kelihatan menggigil sebaik sahaja dibawa turun dari kenderaan polis sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Malah, suspek turut dilihat mengalirkan air mata sewaktu dia dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah oleh anggota polis.

Berdasarkan hasil siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu yang berpunca dari kata mengata sehingga berlaku salah faham sebelum berlaku pergelutan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

[fbcomments]