Pasangan veteran Sabri Yunus bersama isterinya Ardini Angeline Tan dikhabarkan telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama. Selepas hampir tiga bulan bergelar muslim dan memeluk Islam, Angeline Tan kini berpeluang menjadi tetamu Allah dengan diberikan peluang menunaikan niat terbesarnya iaitu mengerjakan umrah bersama suaminya.
Telah Berangkat Ke Tanah Suci
Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh Angeline melalui hantaran di akaun Instagramnya yang memohon doa orang ramai agar perjalanan mereka dipermudahkan dan segala urusan umrah terutamanya buatnya yang pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci.
“Pagi ini (semalam) berangkat ke Tanah Suci. Terima kasih Perwira Holidays. Doakan kami,” tulisnya ringkas pada kapsyen foto bersama Sabri ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Reaksi Netizen
Angeline kelihatan manis dan cantik apabila beliau tampil menggayakan tudung labuh dan jubah berwarna hitam sekaligus telah menerima pelbagai kata-kata positif dan semangat diberikan netizen kepadanya agar memperoleh umrah yang mabrur.
Untuk rekod, Angeline sah memeluk Islam pada 26 September dan selamat bernikah dengan Sabri dalam majlis diadakan di Perlis pada 14 Oktober lalu. Difahamkan rezeki mengerjakan umrah itu adalah antara hadiah perkahwinan diterima pasangan ini apabila majlis pernikahan mereka mendapat perhatian ramai serta ‘direstui’ rakyat Malaysia.
Kredit: Instagram angelinetanyy