Isu mengenai Rohingya kini sedang hangat diperkatakan. Malah ada juga tular di laman Facebook mendakwa kawasan di Selayang mempunyai antara kawasan paling ramai pelarian etnik Rohinya tinggal.
Jangan menyusahkan kami
Apa yang dikesali penduduk tempatan adalah mereka mendakwa terdapat segelintir pelarian Rohingya tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan walaupun anggota polis dan ATM telah memasang kawat berduri bagi mengawal pergerakan penduduk.
Potong kawat berduri
Tular lagi satu video dimana seorang warga asing bertindak memotong kawat berduri yang dipasang untuk meloloskan diri. Degilnya!
Ada juga yang menuntut hak
Selain itu, tular pula satu pesanan Whatsapps berbentuk audio, yang didakwa daripada salah seorang pelarian, yang dikatakan mahu menuntut hak mereka di Selayang.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi pengesahan yang bebetul sahih. Harap pihak Rohingya ni semuanya faham dan patuhi lah undang-undang negara Malaysia. Hormati Malaysia seperti mana Malaysia telah memberi peluang kepada mereka teruskan hidup di bumi Malaysia.