Sebuah ruang solat milik salah sebuah rumah yang terjejas dalam kejadian kebakaran saluran paip gas baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila didapati masih utuh walaupun kediaman lain musnah teruk akibat insiden tersebut.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menerusi satu lawatan ke lokasi kejadian yang turut dimuat naik di laman TikTok beliau.

@najwanhalimi

KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah

♬ original sound – Najwan Halimi – Najwan Halimi

Rumah Hangus Terbakar, Ruang Solat Satu-Satunya Yang Tidak Terjejas

Dalam tinjauan tersebut, Najwan bersama pasukan petugas meninjau beberapa buah rumah penduduk yang terkesan dengan kebakaran, termasuk sebuah kediaman yang hampir musnah keseluruhannya. Namun, apa yang mengundang rasa kagum dan menyentuh hati ramai adalah keadaan sebuah ruang solat di dalam rumah itu yang dilihat kekal sempurna dan tidak terjejas walau sedikit pun oleh api.

Ruang kecil yang biasanya digunakan untuk menunaikan ibadah itu dilihat masih dalam keadaan bersih dan tersusun, seolah-olah dilindungi daripada kesan kebakaran yang memusnahkan hampir seluruh struktur rumah.

Najwan dalam perkongsiannya turut mendoakan agar semua mangsa kebakaran yang terlibat diberi kekuatan untuk menghadapi ujian serta dipermudahkan urusan pemulihan rumah masing-masing.

Terdahulu, insiden kebakaran saluran paip gas di kawasan perumahan Putra Heights mengejutkan penduduk apabila api menjulang tinggi ke udara dan merosakkan beberapa buah rumah berhampiran. Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kredit: TikTok najwanhalimi

 

 

 

[fbcomments]