fbpx

Setelah lama mendiamkan diri, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya tampil bersuara menerusi satu program poscast yang dimuat naik di laman Youtube dan telah menarik perhatian orang ramai sejak malam tadi.

Video di bawah:

Rumah Tangga Aliff Dan Bella Sudah Lama Retak

Dalam podcast yang dihadiri Aliff itu, beliau mendedahkan bahawa hubungannya bersama Bella sudah lama retak sejak Bella dikatakan pernah menjalin cinta dengan seorang pelakon baharu yang bernama Muaz Zabir.

Sejak dari itu, Aliff dan Bella dikatakan tidak boleh berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan kemelut mereka dan sekaligus perkara ini menyebabkan Aliff sentiasa sibukkan diri dengan kerja.

“Sampai masanya saya rasa saya hanya perlu berdiamkan diri tanpa mengetahui yang berdiam diri itu hanya akan membuatkan lebih banyak masalah datang,” katanya.

Kongsi Masalah Punca Aliff Aziz Dan Ruhainies Rapat

Dalam pada itu, Aliff turut mendedahkan semasa penggambaran drama berjudul Terjerat, prestasi kerja Aliff jadi merundum dan ia membuatkan Ruhainies mula bertanya masalah yang dihadapinya.

Aliff mengakui bahawa dia mula berkongsi masalah peribad dengan Ruhainies dan mereka menjadi rapat secara tidak dirancang.

“Sampai sekarang aku menyesal sangat mula bercerita, sebab benda tu aku yang kawal. Kenapa pula aku nak meluah dekat orang? Tapi, masa tu perkahwinan kami retak macam-macam yang berlaku. Aku akhirnya buat benda sama sekali lagi.

“Aku rasa bila aku meluah tu mungkin Ruhainies rasa simpati ke apa. Tapi niat aku bukanlah nak raih simpati sebenarnya. Aku nak meluah untuk kurangkan beban yang ada,” ceritanya.

Bagaimanapun, Aliff Aziz tidak menyalahkan Ruhainies dalam hal ini, sebaliknya meletakkan kesalahan itu dalam dirinya sendiri.

Katanya jika masa dapat diputar kembali, dia pasti tidak akan sesekali berkongsi masalah peribadi dengan Ruhainies.

Kredit: Youtube TheCommonFolksSG

 

[fbcomments]