‘Benda boleh duduk dalam lokap, buat apa duduk rumah diam-diam’. Mungkin itu agaknya pepatah baru yang sesuai diberikan kepada dua orang pemuda ini.
Difahamkan dua pemuda tersebut sengaja mengejek polis supaya mengejar mereka dan akhirnya menerima padah selepas berjaya ditahan di Kampung Sungai Buaya, Dungun. Difahamkan kedua-dua suspek berusia 21 tahun.
Terdahulu, sepasukan anggota poIis sedang melakukan tugas rondaan pemantauan PKP dan terserempak dengan kedua-dua suspek yang menaiki motosikal tanpa topi keledar dalam keadaan laju.
Berani himpit kereta polis
Menurutnya, anggota mengarahkan mereka berhenti namun suspek memecut motosikal dalam keadaan melulu dan merbahaya untuk melepaskan diri.
“Ketika kenderaan polis cuba menghampiri motosikal suspek dan mengarahkan mereka berhenti, suspek dengan berani menghimpit kereta polis sehingga tercalar.”
“Suspek yang membonceng motosikal mempersendakan anggota dengan melambai-lambai tangan supaya anggota polis terus mengejar mereka,” katanya.
Akhirnya jatuh ke tanah juga
Walau bagaimanapun, anggota polis berjaya menahan kedua-dua suspek tersebut dan dibawa ke Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Dungun untuk tindakan lanjut.