Acap kali hari-hari istimewa seperti ulang tahun hari jadi, ulang tahun perkahwinan disambut secara besar-besaran. Hadiah mewah, bunga dan makan malam di restoran mewah sering menjadi pilihan atas alasan mengingati kembali memori yang tercipta pada tarikh tersebut.
Namun, lain pula berlaku kepada pelakon jelita Nora Danish. Baru-baru ini merupakan ulang tahun perkahwinan Nora dan suami, Nedim Nazri. Tanggal 30 Mac 2023 menjadi bukti genap enam tahun rumah tangga mereka berdua didirikan.
Muat naik video
Pelakon yang terkenal dengan drama siri Puteri itu dilihat telah memuatnaik video bersama suami tercinta di platform Instagram miliknya. Nora sempat mengucapkan rasa bersyukur atas pinjaman yang dianugerahkan kepadanya.
Yeppie Yanni Verr Seriiiii hubs!
Kapsyen Nora Danish
6 years of marriage šš„°š¤²š¼
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah di atas pinjaman
yang sangat berharga ini šš¼
Nedim juga dilihat membalas ucapan isterinya dengan berterima kasih atas setiap tahun yang indah mereka bersama. Nedim juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan kepada mereka.
Syukur Alhamdulillah Sayang 6 years and counting š„°.
Thank you for the wonderful years and more .
Thank you everyone for the wish ā¤ļø
Balasan Nedim Nazri
Dalam hantaran yang lain, difahamkan mereka telah menyambut ulang tahun perkahwinan secara ringkas dengan membeli burger di tepi jalan untuk dijadikan sebagai supper.

Sekadar info, Nora Danish dengan Nedim Nazri pada tanggal 30 Mac 2017 merupakan perkahwinan kedua Nora. Dengan Nedim mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia 5 tahun.