Sebelum ini hangat diperkatakan Dai Syed telah merogol seorang gadis di rumahnya sendiri dan kemudian gadis itu diugut serta mengalami trauma atas apa yang berlaku.

Tak cukup dengan itu, Dai Syed juga turut dikatakan sering menghantar pesanan kepada gadis-gadis dan ‘menggatal’.

BACA : Da’i Syed Didakwa Sering Menggatal, Merogol & Bawa Gadis Balik Rumah

Menafikan dan buat laporan polis

Hasil tularnya kisah itu, dia yang berusia 25 tahun ini telah tampil membuat laporan polis.

Beliau turut mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya telah difitnah dan dia tidak akan berdiam diri. Tak cukup dengan itu, dia turut enyatakan akan mengambil tindakan undang-undang kepada si penyebar berita tersebut kerana telah mengaibkan dirinya.

BACA : Tuduhan Merogol : Dai Syed Ambil Tindakan & Kemuka Saman Fitnah

Pemangsa telah tampil buat laporan polis

Sehubungan dengan itu, mangsa terus tampil ke balai polis dan membuat laporan di atas kelakuan Dai Syed berserta beberapa sokongan dari pihak hospital.

BACA : Hospital Sahkan Mangsa Rogol Da’i Alami Tekanan & Trauma Yang Teruk

Susulan daripada laporan tersebut, suspek telah ditahan sekitar 11 malam di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam ketika suspek hadir untuk memberi keterangan ekoran laporan polis daripada mangsa rogol.

Seorang lagi mangsa tampil buat laporan polis

Terkini, seorang lagi mangsa yang merupakan guru berusia 22 tahun pula tampil membuat laporan mendakwa turut menjadi mangsa rogol pendakwah selebriti tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Damansara ke atas suspek.

Setakat ini di Petaling Jaya kita menerima dua laporan membabitkan cabul dan rogol oleh individu terbabit.

Maklumat lanjut berkaitan kejadian itu akan dimaklumkan nanti.

[fbcomments]