Seorang pendakwah selebriti serta penceramah agama bebas, Da’i Syed telah ditangkap polis malam tadi atas dakwaan disyaki merogol seorang wanita yang juga kenalannya dalam media sosial di Shah Alam pada tahun lalu.

BACA : Da’i Syed Didakwa Sering Menggatal, Merogol & Bawa Gadis Balik Rumah

BACA : Tuduhan Merogol : Dai Syed Ambil Tindakan & Kemuka Saman Fitnah

Mangsa rogol tampil buat report polis

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat, saspek berusia 25 tahun itu telah ditahan sekitar 11 malam tadi selepas hadir ke Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan ekoran laporan polis daripada mangsa rogol pada Rabu lalu.

Katanya saspek didakwa melakukan perbuatan jijik itu di Studio I-Soho, Seksyen 7, Shah Alam dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.

Alasan merawat masalah kemurungan

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu mangsa perempuan berusia 23 tahun telah keluar dengan saspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta milik saspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3, Shah Alam dan selepas makan, mangsa telah dibawa ke rumah saspek di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.

Namun malangnya apa yang berlaku, mangsa pula dirogol oleh saspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut.

BACA : “Janganlah Gunakan Agama Sebagai Topeng Lakukan Perbuatan Hina” – Bapa Da’i Syed Buka Mulut

Mangsa di ugut

Menurut pihak polis lagi, pada keesokan harinya, selepas kejadian iaitu pada 12 September 2019 sekitar jam 6.40 pagi, saspek telah didakwa memberikan amaran kepada mangsa supaya merahsiakan apa yang berlaku dan memberi amaran yang mangsa sentiasa dipantau setiap masa.

Kemudian, saspek terus menghantar mangsa ke bawah lobi apartment dan mangsa menaiki Grab untuk pulang ke rumah sewa mangsa di Subang Jaya.

Mangsa mengalami tekanan perasaan

Bagaimanapun pada 23 September 2019 mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan serta dirujuk ke rawatan psikiatri.

Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.

Pihak Hospital Temerloh telah mengatakan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan sehingga laporan polis ini dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan saspek yang ditahan di lokap IPD Shah Alam akan direman pagi ini untuk membantu siasatan lanjut.

[fbcomments]