Sejak beberapa hari yang lalu, nama pendakwah selebriti muda Da’i Syed hangat diperkatakan selepas dia didakwa kononnya telah merogol seorang gadis.


BACA : Da’i Syed Didakwa Sering Menggatal, Merogol & Bawa Gadis Balik Rumah

Tampil beri kenyataan

Terkini, pendakwah tersebut yang nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail telah tampil memberikan kenyataan rasmi menjelaskan mengenai dakwaan tersebut termasuklah teguran secara terbuka yang dibuat oleh bapa nya Syed Mohammad Shaiful Jamalullail di laman Facebook.

Pendakwah berusia 25 tahun telah membuat laporan polis berkenaan tuduhan tersebut yang mana dia mendakwa menjadi mangsa fitnah dan sama sekali tidak mengenali kedua-dua individu tersebut termasuklah yang dikatakan menjadi mangsa rogolnya.


Bersifat fitnah, telah lantik peguam

Bukan sahaja membuat laporan polis, malah Dai muda ini juga mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnah dirinya di laman sosial.

Dia turut mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh netizen tersebut sama sekali tidak benar dan bersifat melampau.

Oleh itu bagi membersihkan nama baiknya semula, Da’i Syed telah melantik peguam bagi mengendalikan kes ini dan menuntut pihak yang terlibat untuk membuat permohonan maaf secara bertulis sebelum dikongsikan kepada umum. Tambahnya lagi, dia juga akan meneruskan tuntutan saman terhadap mereka.

Hubungan dengan bapa dah lama keruh

Dalam masa yang sama,Da’i Syed turut menjelaskan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya yang telah menegurnya secara terbuka. DIa memaklumkan itu adalah isu hubungan mereka sekeluarga dan ianya bersifat peribadi. Oleh sebab itu, dia turut tidak mahu menjelaskan lebih lanjut.

BACA : “Janganlah Gunakan Agama Sebagai Topeng Lakukan Perbuatan Hina” – Bapa Da’i Syed Buka Mulut

Jelasnya lagi, ibu dan bapanya itu telah lama berpisah pada tahun 2017 sebelum bapanya berpindah ke Cairo,Mesir. Akui hubungan mereka tidak begitu baik sejak tahun 2016 kerana tidak bersetuju dengannya untuk sertai program realiti Da’i.

[fbcomments]