Hidup sebagai pasangan suami isteri haruslah saling bertolak ansur dan mempunyai tahap kewarasan yang tinggi demi mengecapi kebahagian dalam rumah tangga. Namun, tidak semua pasangan dapat melalui jalan yang indah seperti yang disangkakan.

Baru-baru ini seorang wanita yang bergelar isteri telah meluahkan rasa geram dan kecewa di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini tentang sikap suaminya yang terlalu ‘memberi’ dengan bertindak hampir menyerahkan kesemua gaji bulanan kepada ibunya.

Keuntungan Niaga Kena Bahagi Dengan Suami Sebab Dia Nak Bagi Mak Dia

“Wajib ke suami bagi duit dekat mak dia. Kami ada lima orang anak, gaji RM1,500 tambah RM200 komisen. Saya berniaga di pasar ikan, ayam segar. Keuntungan tu saya kena bahagi dengan suami. Sebab suami bagi mak dia, rasa penat sangat. Ada ke ustaz boleh bagi ceramah sikit. Gaji lebih daripada cukup tapi rasa tak cukup sebab duit-duit kena bagi mak dan nenek dia”, luah wanita ini yang sudah penat dengan sikap suaminya itu.

Suami Bagi RM100 Sahaja Untuk Keperluan Diri

Tambah wanita itu, beliau hanya diberi RM100 sahaja oleh suaminya untuk sebarang keperluan diri. Disebabkan oleh itu, beliau terpaksa menyimpan keinginan untuk membeli barangan atau perhiasan seperti emas sebagaimana wanita-wanita lain ada.

“Saya juga teringin nak beli sesuatu. Saya tak ada emas, tak pernah merasa emas-emas sebab tak mampu. Nak minta duit pun rasa susah. Sebab dia bagi duit dekat mak dia. Ke saya salah? ke saya kena ikhlaskan?”, luahnya lagi.

Reaksi Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata para isteri datang memberikan penjelasan dan luahan untuk si suami bersikap lebih adil terhadap isteri kerana apabila sudah berumah tangga, isteri adalah tanggungjawab pertama yang harus mereka jaga.

Kredit: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini

[fbcomments]