Dalam keadaan ekonomi tidak berapa stabil sekarang ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja makan gaji.
Ada yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan ada juga yang perlu menerima hakikat diberhentikan kerja bagi mengurangkn beban yang perlu ditanggung syarikat.
Diberhentikan kerja
Hal ini lah yang berlaku terhadap seorang warga emas di Thailand yang ditemui seorang pengguna Facebook sedang menolak basikal untuk pulang ke kampung selepas diberhentikan kerja.
Difahamkan dia merupakan seorang pengawal keselamatan dan mempunya masalah penglihatan.
Hanya makan apabila ada insan hulurkan makanan
Apa yang lebih memilukan, warga emas tersebut hanya makan apabila dihulurkan makanan oleh insan sekeliling yang simpati dengan nasibnya.
Apabila dihulurkan sedikit wang, warga emas itu terlihat sebak kerana dia tidak mempunyai wang untuk meneruskan perjalanannya.