Difahamkan seramai 143 orang pelajar serta lima guru dari sebuah maahad tahfiz ditempatkan di Stesen Kuarantin, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan berikutan kesemua mereka merupakan kontak rapat kepada satu kes jemaah tabligh yang dikesan positif jangkitan Covid-19 pada 6 April lepas.
Bergema laungan azan anak tahfiz
Terbaru, tular video pelajar-pelajar tahfiz di pusat kuarantin tersebut melaungkan azan daripada tingkap bilik masing-masing apabila masuk sahaja waktu solat.
Walaupun mereka terpaksa dikuarantin namun rutin harian mereka seperti solat berjemaah, berzikir dan mengaji masih lagi dilaksanakan seperti biasa.