Sharnaaz Ahmad sudah menjadi duda terlajak laris hampir 3 tahun sejak berpisah dengan bekas isterinya pada tahun 2020. Baru-baru ini dia telah memuat naik status di akaun Instagram miliknya yang menyatakan kriteria calon isterinya.
Dalam status tersebut, Sharnaaz telah menyatakan bahawa dia tidak akan memilih artis atau pelakon sebagai teman wanitanya.
“Biar yang sedang-sedang sudah,” tulis Sharnaaz dalam status tersebut

Dalam entri status seterusnya, Sharnaaz dalam nada berseloroh menukar frasa “bakal kekasih” kepada “bakal isteri”.
“Macamlah orang nak kat aku.. Oklah bakal isteri. Haaa sedap sikit dengar,” tulisnyanya.

Pengalaman gagal dalam percintaan buat Sharnaaz serik?
Mungkin pengalaman Sharnaaz pernah bercerai dengan Noor Nabila beberapa tahun lalu menjadikan dia serik untuk bercinta dengan rakan artis. Selain itu, Sharnaaz juga pernah gagal dalam episod percintaannya dengan penyanyi lagu Patah Seribu, Shila Amzah.
Nafi ada hubungan
Sharnaaz pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Azira Syafinaz sebelum ini. Namun, kedua-dua mereka telah menafikan perkara tersebut dan mendakwa hanyalah sekadar rakan industri.
Melihat akan status yang dimuatnaik oleh Sharnaaz, peminat-peminatnya sudah tidak keruan ingin tahu siapakah yang bakal menjadi suri hati Sharnaaz nanti. Walaupun begitu, Sharnaaz menegaskan yang dia akan mengambil masa untuk memilih pasangannya nanti.
Sumber: Instagram sharnaazahmad