Perjalanan cinta antara Shuib dan isterinya Fati Nikmatul Adawiyah atau dikenali sebagai Watie kini sudah jejak ke jenjang pelamin. Pasangan tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 8.47 malam Jumaat dengan sekali lafaz.

Shuib Serah Mas Kahwin Bernilai RM8,288 Beserta Lima Dulang Hantaran Berbalas Tujuh Dulang
Majlis pernikahan Shuib dan Watie berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights yang dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, iaitu Qadhaffi Hanifiah.
Ia disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali pada jam 8.48 malam tadi.

Mendapat Tajaan Bernilai RM1.7 Juta Termasuk Barang Kemas
Di majlis pernikahan, Shuib dan Watie tampil mengenakan busana putih gading ciptaan Fizi Woo. Mereka juga turut mendapat tajaan hampir RM1.7 juta melibatkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.
Kira-kira 600 Tetamu Yang Hadir Menyaksikan Majlis Pasangan Sejoli Itu
Shuib menyerahkan sebentuk cincin dan sejambak bunga semasa acara membatalkan air sembahyang sambil didendangkan lagu Ayu yang dinyanyikan oleh Lah Ahmad. Antara tetamu selebriti yang hadir termasuklah Nabil Ahmad, MK, Fasha Sandha, Fad Bocey, Zara Zya, Sharifah Shahirah dan ramai lagi.
Bukan setakat itu sahaja, majlis bermakna pasangan itu turut menjemput beberapa VIP terkemuka di Malaysia, seperti Datuk Fadhilah Kamsah, Ustaz Don, Menteri Besar Pahang dan Timbalan Menteri Kerja Raya.
Kredit: Mstar, Berita Harian