Jabatan Perdana Menteri sudah menyediakan 5 kertas kerja berkaitan Covid-19 bagi solat Jumaat dan aktiviti keagamaan untuk dibentang di Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung penularan wabak koronavirus itu.
Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad berkata perbincangan mengenai kertas kerja itu, yang juga memasukkan panduan berkaitan, akan diputuskan dalam masa 2 atau 3 hari lagi.
“Ini termasuk bersalaman, kenduri kahwin dan pengurusan jenazah…beberapa saranan akan kita kemukakan”
WHO isytiharkan Covid-19 sebagai pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, menegaskan penularan dan keadaan wabak yang sangat membimbangkan.
Solat Jumaat dan berjemaah ketika musim Covid -19
Mengenai solat Jumaat, Zulkifli berkata JPM mengeluarkan beberapa saranan bagi mengurangkan risiko jangkitan, seperti pemilihan kawasan yang selamat, mengambil wuduk di rumah dan memendekkan khutbah.
“Pihak masjid perlu sediakan cecair pembasmi kuman dan perhimpunan dilakukan di tempat yang tidak terlibat dengan Covid-19.”
Beliau turut menjelaskan sekiranya wabak terus merebak tanpa kawalan, Solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan , tetapi wajib digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.
Pihak masjid dan para jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut.
Sebuah badan pemikir, Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial menggesa rumah ibadat, termasuk surau, masjid, kuil dan gereja supaya tidak mengadakan perhimpunan dan majlis keagamaan besar susulan peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan.
Perkembangan ini selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang individu yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di sebuah masjid antara kes Covid-19 terbaru, dan pihak berkuasa sedang menjejaki ribuan peserta lain.