Sophia Albarakbah mengaku menangis hampir setiap hari sewaktu dilanda kontroversi tersuka suami orang iaitu Aliff Aziz baru-baru ini.
Disebabkan perkara itu, warganet menyerang laman media sosial pelakon berusia 29 tahun itu lalu menggelarkannya ‘penyondol’.
“Saya menangis setiap hari sewaktu kontroversi melanda. Tapi saya kena kuat. Saya tidak boleh bersedih dan melayan hal yang tidak berkaitan dengan kerja saya.
“Cuma ya, perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan,”ujarnya.
Betul ke jatuh cinta dengan Aliff Aziz
Disoal mengenai sama ada dia benar jatuh cinta dengan Aliff Aziz atau tidak, Sophia hanya menggeleng dan enggan mengulas mengenai hal tersebut.
“Tidak dan saya rasa adalah lebih baik saya tidak cakap atau ulas,” katanya.
Sophia juga berkata emosinya kini lebih baik dari sebelumnya dan hanya mahu menumpukan terhadap kerjaya sahaja.