fbpx

Beberapa minggu yang lepas, bekas pasangan Adibah dan Rosland telah sah bercerai yang dilafazkan pada 3 Ogos. Walaupun berakhir dengan penceraian, namun suami kepada Miera Leyana ini masih meneruskan kes tuntutan nusyuz terhadap bekas isterinya yang dipercayai berlaku pada tahun 2021.

Bersedia Membela Diri

Susulan itu, Adibah memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk membela dirinya dan akan memberi keterangan bagi membuktikan dirinya tidak nusyuz seperti yang didakwa dan dituduh.

“Saya yakin, saya tidak nusyuz. Saya pun tak tahu apa yang dia (bekas suami) nak dan saya hanya membela diri”, jelasnya.

Roslan Fail Dakwaan Ketika Mereka Bergelar Suami Isteri

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Harian Metro, tuntutan tersebut difailkan oleh Rosland pada Disember 2021 ketika mereka berdua masih bergelar suami isteri. Difahamkan, Rosland memfailkan tuntutan tersebut atas alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah. Menurut Mohd Junid Ramli, iaitu peguam yang mewakili Adibah, menyatakan bahawa selaku defendan sudah berusaha menyelesaikan segala tuntutan berkenaan sebelum bercerai, namun Rosland masih dengan pendirian mahu mendakwa defendan dengan alasan tidak patuh ketika mereka berdua masih bersama.

“Apapun, plaintif (Rosland) tetap berhak meneruskan kes tuntutan ini atas alasan dan sebabnya yang tersendiri. Namun, pihak saya yang mewakili defendan (Adibah) akan buat kerja kita untuk menjawab dan membela diri bagi mengenepikan permohonan ini”, ujarnya.

Kes Disambung Pada September Depan

Susulan itu, perbicaraan kes nusyuz terbabit akan disambung pada tarikh 21 dan 26 September depan untuk Adibah memberi keterangan balas.

Sekadar info, Adibah dan Rosland sudah berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun. Rosland juga berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana pada Julai 2020 lalu dan mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]