Perbalahan antara suami Miera Liyana dan isteri pertama kini berakhir apabila mereka berdua setuju untuk berpisah. Rosland Othman melafazkan talak satu terhadap isteri pertamanya iaitu Adibah Abd Mutalib di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 10.50 pagi, Khamis, hari ini.

Adibah Reda Hubungan Berakhir Dengan Penceraian

Menurut sumber yang dipetik dari Mstar, sebelum lafaz cerai diucap hakim membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibuat oleh kedua-dua pihak pada 13 Julai lepas. Namun Rosland tetap memilih jalan untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan sudah tawar hati dengan tindakan Adibah berhubung kenyataan tentang perkahwinan mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Adibah pula enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui pihak media.

Kedua-dua Pihak Tidak Mahu Beri Sebarang Komen

“Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberi komen. Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini”, jelas peguam Adibah kepada pemberita. Kelibat Rosland juga dilihat bergegas pulang tanpa memberi sebarang komen kepada media.

Menurut Mstar lagi, ibu kepada Miera Liyana juga turut hadir bersama untuk memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. “Kami akan adakan sidang media”, jelasnya ringkas.

Sekadar rekod, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga mereka pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Namun pada 25 Julai 2020, Rosland dilaporkan telah bernikah bersama pelakon Malaysia iaitu Miera Liyana dan kini mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada tahun 2021.

Kredit: Mstar

[fbcomments]