Menerusi hantaran di Instagram pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri berkongsi pendapat dan tegurannya mengenai usahawan kosmetik, Safiey Ilias.
Enggan Disamakan Dengan Ustaz Ebit Lew
PU Syed berkata Safiey dan seorang lagi usahawan kosmetik sensasi,Nur Sajat Kamaruzzaman seharusnya datang bersemuka dengannya tanpa diminta bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan mengenai Islam.
Dia juga mengharapkan agar mereka tidak menyamakannya pendekatan yang dibuatnya sama seperti pendakwah Ustaz Ebit Lew yang jauh lebih lembut.
BACA : “Jangan Pumpang2 Di Media Sosial Je, Jangan Jadi Ustaz/PU Sejenis Kejadian Alam” – Safiey Illias
Bersedia Semuka
Menurut PU Syed, dia bersedia untuk menasihati usahawan itu setelah pendekatan yang dibuat oleh Ebit Lew tidak membuatkan mereka (Safiey dan Sajat) insaf selain merujuk kepada kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W suatu ketika dahulu.