fbpx

Pengarah filem Malaysia, Syamsul Yusof, 39 mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada hari ini.

Syamsul berkongsi berita tersebut melalui hantaran video di Instagram miliknya.

Syamsul menerangkan pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira sendiri iaitu Kazar Saisi.

Sumber; Harian Metro

“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara.”

“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi video berkenaan.

Puteri Sarah masih isteri saya.

Pengarah kontroversi itu juga sempat menegaskan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan di media sosial. Bawa anak-anak kita balik.”

“Saya masih suami awak, bawa anak-anak tanpa izin suami. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah”

Syamsul juga berkata dia tidak berniat membelakangkan keluarganya.

“Tak pernah terlintas untuk saya membelakangi keluarga. Saya berharap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik beradik dan keluarga.”

Syamsul juga berkata dia bersyukur atas yang peminat yang memahami dan menyokong keadaannya.

“Saya bukan manusia yang sempurna, ada membuat kesilapan dan cacat cela. Saya hanya mengharapkan ketenangan dalam hidup saya. Untuk isteri saya, lebih baik kita berbincang dari menyebarkan aib dan fitnah satu sama lain.”

[fbcomments]