Pada beberapa minggu yang lepas, pemain bola sepak negara iaitu Safawi Rasid telah mengumumkan isterinya iaitu Syifa Melvin sudah berbadan dua dan kini hamil 6 bulan, menerusi sesi temubual yang dilakukan oleh media selepas Malaysia memenangi perlawanan persahabatan bersama Solomon.
Safawi juga mendedahkan gol yang dijaringkan olehnya itu adalah hadiah untuk isterinya sambil memasukkan bola kedalam baju untuk memberi gerak isyarat bahawa isterinya itu sedang hamil.

Doakan Urusan Kami Sentiasa Dipermudahkan
Menerusi satu gambar yang dimuat naik oleh Syifa Melvin di laman Instagram, beliau luah rasa bersyukur kerana bakal menjadi seorang ibu dan moga segala urusan untuknya dipermudahkan.
“Alhamdulilah, kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini. Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Aidiladha dari dua setengah (bersama bayi dalam kandungan)”, ujarnya.

Turut Mendoakan Buat Sesiapa Yang Belum Punya Rezeki Untuk Timang Anak
“Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hambaNya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib. Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaranMu, Amin”, doa-doa yang Syifa titipkan kepada yang belum mempunyai zuriat.
Syifa yang sebelum ini merahsiakan tentang kehamilannya kini yakin untuk berkongsi perjalanan indah bersama pengikut-pengikut di laman media sosialnya.
Kredit: Instagram SyifaMelvin