fbpx

Pasangan selebriti Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun 2024, di mana khabar gembira tersebut dihebohkan di laman Instagram milik Aiman pada malam Ahad.

Bakal Timang Anak Kedua Pada Tahun 2024

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Aiman, Aiman meluahkan rasa syukur dan tidak sabar untuk menanti kedatangan tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.

“2023 hampir ke penghujung. Tidak sabar untuk 2024. Jumpa awak nanti anak keduaku. Syukur Alhamdulilah,” tulisnya.

Aiman bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh kandungan dan jantina anak keduanya itu.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak lekang mengucapkan ucapan tahniah dan turut menantikan kedatangan cahaya mata kedua pasangan ini.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Kredit: Instagram aimanhakimridza

[fbcomments]