Pasangan selebriti iaitu Shila Amzah dan Ubai mendedahkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata yang pertama dengan memuat naik sebuah video yang memaklumkan Shila kini sedang hamil.
Berita Baik Buat Tahun 2024
Menerusi video yang dimuat oleh @ubaimz di laman Instagram, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefkli, 26, menceritakan kenangan pahit manis yang dilalui mereka sepanjang tahun 2023 terutamanya apabila kehilangan beberapa insan yang tersayang dalam hidupnya.
Namun tahun 2024 telah membuka lembaran baru buat mereka apabila Shila disahkan hamil, bagaimanapun mereka tidak memberitahu berapa usia kandungan Shila sekarang. Menurut Ubat lagi, mereka mempunyai sebab yang tersendiri mengapa tidak menghebahkan kehamilan Shila terlalu awal.
Semoga Kandungan Sihat Dan Selamat
Meninjau ke ruangan komen,rata-rata netizen tidak henti mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut dan tumpang gembira mendengar berita baik ini. Mereka juga mendoakan agar Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila binti Amir Amzah diberi kesihatan yang baik serta segala urusannya dipermudahkan.
Kredit: Instagram ubaimz