fbpx

Baru-baru ini, dilaporkan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an bertindak untuk membuat cubaan bunuh diri pada ketinggian 12 meter di Tasik Puncak Bestari, semalam gara-gara beliau tidak dapat terima kenyataan isterinya mahu meminta cerai.

Suami Meracau Cuba Terjun Dari Papan Tanda

Berdasarkan laporan yang dilihat dari Kosmo! Online, lelaki tersebut berada di papan tanda dalam keadaan meracau serta berteriak kepada anggota bomba yang cuba menyelamatkannya. Dikatakan si suami itu hilang semangat selepas isterinya membuat keputusan untuk meminta cerai dan Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau memaklumkan bahawa seramai lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.35 pagi itu.

“Siasatan awal mendapati punca lelaki tersebut bertindak sedemikian ekoran isterinya meminta cerai. Sepanjang berada di situ, lelaki tersebut meracau sendirian,” jelas beliau ketika dihubungi.

Dua Jam Pujuk

Ahmad Mukhlis berkata lagi pihaknya berjaya mengambil masa kira-kira dua jam untuk memujuk lelaki tersebut untuk turun daripada papan tanda itu dalam keadaan berhati-hati dan selamat. Difahamkan, proses memujuk itu juga turut melibatkan isterinya dan beberapa rakan yang lain.

“Proses pujukan juga dibantu isteri lelaki dan rakan-rakannya”, katanya.

Sementara itu, bagi mereka yang mengalami masalah kemurungan dan tekanan, boleh hubungi talian MHPSS di 3-29359933 atau 014-3223392 atau talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999 (bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan).

Atau, anda juga boleh hubungi KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 dan Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kredit: Kosmo! Online

[fbcomments]