fbpx

Hari bahagia bertukar kepada hari yang penuh kekecewaan apabila satu pasangan dari Indonesia yang baru sahaja berkahwin sebenarnya adalah pasangan sejenis dimana pengantin lelaki rupa-rupanya adalah seorang wanita.

@infociranjang

Cianjur Viral lagi, bagaimana menurut netizen ? Cianjur– Beredar video viral berdurasi 21 detik pasangan sesama jenis yang dinikahkan secara siri dengan dekorasi pesta pernikahan mewah layaknya pengantin pada umumnya. Dalam rekaman tersebut tampak salah satu pasangan AD yang diketahui berasal dari Kalimantan memakai peci berwarna hitam dan pakaian pengantin laki-laki tengah melakukan proses ijab kabul untuk menikahi CH (mempelai perempuan). Berdasarkan informasi yang dihimpun Peristiwa itu terjadi di Desa Pakuon, Kecamatan Sukaresmi pada 28 November 2023 lalu. Camat Sukaresmi, Latip Ridwan mengatakan, pernikahan sesama jenis itu baru terungkap beberapa hari setelah pernikahan warga dan pihak keluarga yang curiga akhirnya memastikan identitas dari AD. Setelah itu terungkap jika AD merupakan perempuan. “Gara-gara tidak pernah menunjukan identitasnya atau tanda pengenalnya jadi ketahuan kalau AD ini perempuan, bukan laki-laki,” kata Latif, Jum’at, (08/12/2023). Latif menambahkan, menurut informasi pasangan tersebut sudah menjalin hubungan sejak dua tahun lalu dan berkenalan dari Facebook. Seiring berjalannya waktu, AD mampu meyakinkan orangtua CH untuk serius melangkah ke jenjang pernikahan. “Keluarga perempuannya benar-benar tidak tahu. Dia mengaku sebagai laki-laki, kemudian mengaku tidak punya identitas sehingga sulit ditelusuri. Pada akhirnya terjadilah pernikahan secara siri atau tidak tercatat negara,” kata dia. Baca berita lengkapnya di www.logikanews.co #cianjur #viral #sukaresmi #nikah #penikahansejenis #tertipu #infociranjang #beritanasional

♬ suara asli – INFOCIRANJANG CIANJUR – INFOCIRANJANG CIANJUR

Pengantin Lelaki Adalah Wanita

Memetik laporan Tribune News, difahamkan penyamaran individu terbabit terbongkar selepas pengantin perempuan curiga tentang suaminya apabila dia tidak disentuh sepanjang tiga hari mereka bergelar suami isteri.

Hal ini mula mencurigakan apabila individu terbabit mahu berkahwin bersama pasangannya dan semasa ketua kampung Cianjur mahu meminta kad pengenalan individu tersebut, beliau berdalih dengan mengatakan kad pengenalannya telah diambil oleh ibunya yang tidak merestui perkahwinan mereka.

Disebabkan perkara itu, pihaknya menolak untuk memproses pernikahan itu walaupun lelaki tersebut ada menawarkan sejumlah wang demi mendapatkan kelulusan perkahwinan.

Walaupun Tak Dapat Kelulusan Dari Ketua Kampung Tapi Individu Ini Bertegas Juga

Namun pada beberapa hari selepas itu, ketua kampung terdengar berita bahawa pasangan tersebut sudah diijabkabulkan dan pernikahan mereka diadakan di rumah belah pengantin perempuan. Pernikahan mereka berjalan dengan lancar, namun terdapat isu lain pula yang timbul apabila mengetahui lelaki itu telah meminjam wang daripada penduduk kampung untuk melangsungkan perkahwinannya.

Disebabkan perkara itu, pengantin lelaki terbabit telah dibawa ke pejabat daerah untuk menyemak identitinya.

Baru Tahu Pengantin Itu Adalah Lelaki Jadian

Setelah pengantin lelaki dibawa ke pejabat daerah dan identitinya disemak, rupa-rupanya lelaki tersebut adalah seorang wanita berasal dari Kalimantan. Beliau memalsukan identitinya demi menikahi kekasihnya.Ketua kampung itu menambah bukan pihaknya sahaja yang tertipu, malah pihak keluarga pengantin perempuan juga tidak mengetahui identiti sebenar individu tersebut sebelum mereka berkahwin.

Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka terhenti di situ sahaja kerana pasangan terbabit sama jantina.

Kredit: Tribune News

[fbcomments]