Sejak beberapa hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai mula resah dikatakan bahawa roti gardenia kehabisan stok di pasaran.

Semua daerah kehabisan roti

Bukan sahaja di Lembah Klang, di bandar dan daerah lain turut terkesan untuk mendapatkan bekalan roti berkenaan. Ia bukan hanya membabitkan roti keluaran Gardenia, malah keluaran jenama lain turut mengalami masalah yang sama.

Pengeluaran roti dah tahap maksimum

Pada 23 Mac, pengeluar roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran. Dalam satu kenyataan ringkas, syarikat itu berkata ia disebabkan pengeluaran di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum.

Peniaga ambil kesempatan

Ada satu perkongsian di Facebook ini, menyatakan ada perniaga yang naikkan harga asal RM 3.55 ke RM 4.40

“Aih tak pernah seumur hidup aku beli roti gardenia tapi harga kedai sendiri ubah, alasan dia borong roti ni kt Hero Market. Dah kau borong semua untuk resale dah tu yang lain nak beli tak dapat.

Padahal kedai runcit lain ade je jual tapi harga ikut yang gardenia tetapkan. Aku dah agak dah time musim covid 19 ni mesti ade kedai runcit mandai2 boh harga sendiri”.

Mohon pihak berwajib beri penjelasan isu ni.

[fbcomments]