Sejak kebelakangan ini, isu poligami sering menjadi perhatian netizen disebabkan ‘Abang Tesla’ menjadi punca semua perbalahan ini tercetus. Namun, baru-baru ini juga seorang wanita yang dikenali sebagai Safinatunnajjah Nasir telah memuat naik video di laman TikToknya yang memaparkan perjalanan hidupnya selepas dimadukan.

Makan Hati Selepas Dimadukan
Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik, wanita yang berusia 32 tahun itu membuka kisah bagaimana kehidupan berpoligami dalam rumah tangga.
Difahamkan, wanita tersebut yang mesra dipanggil sebagai Fiena sudah berusaha untuk memujuk suaminya agar tidak berkahwin lagi. Namun apakan daya, suaminya tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan hubungan bersama isteri kedua kerana sudah terlalu mencintai dan saling menyayangi.
Keadaan tersebut telah memaksa diri Fiena untuk membenarkan suaminya berpoligami walaupun jauh dari sudut hati beliau memendam rasa kecewa dan makan hati dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya itu.
Rumah Tangga Selama 10 Tahun Akhirnya Tewas
Tidak sanggup untuk berasa kecewa, Fiena mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya selepas 10 tahun membina rumah tangga bahagia. “Ketika itu saya sudah cuba menerima dia sudah berkahwin semula dan cuba berbaik dengan isteri keduanya, tetapi semuanya sukar. Sekarang Alhamdulilah lebih tenang. Tiada lagi kekecohan dan perselisihan faham”, luahnya.
Sementara itu, Fiena yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak ini menafikan dakwaan wanita mudah untuk menerima poligami kerana banyak ujian dan rintangan yang harus dilaluinya ketika terpaksa berkongsi kasih.
Kredit: TikTok fiena nasir