Hidup sebagai pasangan suami isteri semestinya memerlukan sifat tolak ansur antara satu sama lain, disamping harus sentiasa bersama mengharungi di masa susah dan juga senang. Begitulah kisah yang terjadi terhadap sebuah pasangan dari Indonesia ini di mana walaupun si isteri sedang sarat mengandung, namun beliau tetap memilih untuk bekerja demi membantu suaminya mencari rezeki menyara keluarga.
Bekerja Sambilan Sebagai Petugas Pembersihan
Berdasarkan sumber yang dipetik dari Mstar, wanita yang dikenali sebagai Linda bekerja sambilan sebagai petugas pembersihan selepas suaminya iaitu Aipda Rully yang bekerja sebagai anggota polis hilang penglihatan dan mengalami kesukaran bekerja.
Menurut sumber lagi, Aipda difahamkan bertugas di Jagakarsa, Jakarta Selatan, Indonesia ini mula menghadapi masalah kewangan apabila kedua-dua matanya mempunyai masalah penglihatan. Katanya, keadaan kewangan Aipda mula merundum secara drastik apabila mata kirinya buta pada tahun 2013, manakala mata kanannya bermasalah sejak tahun 2017.
Mahu Bantu Suami, Taknak Dia Terbeban Seorang Diri
Disebabkan simpati dengan keadaan suaminya dan tidak mahu beliau terus terbebas berseorangan, Linda sanggup mengambil kerja sambilan walaupun dirinya berbadan dua demi membantu kewangan masing-masing.
Suaminya telah menjalani pembedahan pada mata kiri di sebuah hospital, namun selepas pembedahan dilakukan, matanya tidak dapat diselamatkan lagi. Mata kanannya pula kini hanya dapat melihat sejauh dua meter sahaja.
Kredit: Mstar