fbpx

Sejak beberapa hari lepas, kerajaan telah memaklumkan bahawa mereka yang merentas negeri untuk tujuan berhari raya akan dikenakan tindakan.

Susulan daripada itu, pihak keselamatan negara akan mengambil inisiatif dengan memantau pergerakkan mereka yang pulang berhari raya dari rumah ke rumah.

Pemantauan dah bermula?

Nampaknya pihak polis dah mulai membuat pemeriksaan apabila melihat sesebuah rumah seakan mempunyai penghuni yang ramai.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Aizuddin, dapat dilihat beberapa foto pihak polis mengetuk pintu rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Jangan tanya macam mana PDRM cari dari rumah ke rumah.. 😂😂 Bersiap lah sapa yang curi2 balik… Pastu bgtau kwn. Ingt…

Posted by Mohd Aizuddin on Selasa, 19 Mei 2020

Datang ke rumah yang banyak kenderaan

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh sumber, dapat dilihat pihak berkuasa datang ke rumah dan bertemu dengan pemilik rumah bagi memastikan jumlah ahli keluarga yang berada di dalam.

Hal ini berikutan kenderaan yang diparkir terlihat banyak dan agak mencurigakan.

Walaupun kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan, namun perkongsian ini pastinya menjadi peringatan kepada warganet yang sedang berniat atau sudah pun ‘terlepas’ pulang berhari raya di kampung.

Pasukan terdiri daripada anggota polis dan tentera

Difahamkan pasukan yang akan memeriksa rumah ke rumah itu terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta tentera. Mereka akan memeriksa nombor pendaftaran kenderaan.

“Kami akan memeriksa semula nombor pendaftaran dengan senarai kami dan melihat sama ada kenderaan dan pemiliknya dibenarkan untuk perjalanan antara negeri atau tidak.

“Sekiranya kami mengetahui ada pihak melanggar perintah larangan perjalanan rentas negeri, kami akan menahan pemilik kenderaan.”

“Saat ini tiada lagi amaran atau nasihat. Kami akan menahan mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dengan melakukan perjalanan tanpa izin.”

[fbcomments]