fbpx

Kontroversi filem Pulau tidak berakhir begitu sahaja apabila kerajaan negeri Terengganu mula mengambil langkah mengharamkan tayangan naskhah tersebut di pawagam mereka.

Penerbit filem Pulau, Fred Chong nyata kecewa dengan tindakan tersebut dan telah membuat rayuan selain mempelawa ahil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu menonton filem berkenaan minggu depan.

Jelas Fred, dia bimbang sekiranya tindakan kerajaan Terengganu melarang filem itu ditayangkan akan merebak ke negeri lain selepas ini.

“Semalam Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) memaklumkan kerajaan negeri Terengganu mengharamkan penayangan filem Pulau di sana.
“Saya tak tahu selepas ini negeri mana pula yang akan mengikut langkah mereka. Saya rasa ini adalah langkah yang berbahaya kerana bermula dari tiga pawagam, mungkin boleh menjadi 30 atau 60 pawagam selepas ini. Bagi saya, ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Ianya berikutan babak keterlaluan…

Katanya, alasan diberikan pihak berkenaan adalah berikutan ia memuatkan babak keterlaluan.

Menurut Fred, surat berkaitan pengharaman tersebut diserahkan kepada pihak TGV yang memiliki tiga pawagam utama di Terengganu.

Tambah penerbit berpengalaman yang banyak menerbitkan filem itu lagi, surat rayuan yang dikemukakan nanti bakal disertakan bersama surat sokongan daripada Finas.

Mengulas mengenai kontroversi yang tercetus sebelum ini, Fred mengakui pihaknya berdepan kerugian besar mencecah RM500,000 apabila ramai penaja menarik diri.

Bersama kos penerbitan mencecah RM4 juta, situasi itu membuatkan mereka bimbang terutama sejak isu mengenai filem itu masih diperdebatkan ramai.

Pesan jangan kecam dan boikot sebelum tonton

Fred juga memberi pesanan kepada netizen supaya menonton filem berkenaan terlebih dahulu sebelum menilai dan kecam.

“Kepada netizen yang menulis komen kecaman dan memboikot, saya rayu anda semua supaya menonton filem ini terlebih dulu sebelum menilainya,” katanya.

Sekadar info, filem Pulau bakal ditayangkan pada 9 Mac depan bakal menemui penonton di 75 pawagam seluruh negara. Pulau dibintangi pelakon-pelakon seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, dan model Ms PuiYi.

[fbcomments]