Beberapa bulan yang lepas pasangan suami isteri ini telah tular satu Malaysia apabila suami kepada wanita tanpa tangan, Zulfadli sudi untuk berkahwin dengan Nofarrah Syahirah dan menerima kekurangan dan dirinya seadanya. Tindakan beliau menikahi isterinya telah membuka mata ramai orang untuk tidak memandang rendah terhadap perwatakan seseorang kerana wujud juga orang yang ikhlas menerima kekurangan yang ada pada diri seseorang.
Terima Kasih Berikan Tangan
Baru-baru ini tular sekali lagi video perkongsian yang dimuat naik oleh @NorfarrahSyahirah di laman TikTok berkenaan beliau dan suami sedang makan di dalam kereta. Menerusi hantaran itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada suami kerana sudi menjadi ‘tangannya’ apabila menyuapkan makanan serta tidak kisah untuk saling berkongsi makanan bersama-sama.
“Terima kasih berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku.. Syukur Alhamdulilah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita”, tulisnya di ruangan kapsyen.

Lelaki Kiriman Tuhan
Terdahulu, pasangan ini telah berkenalan sejak setahun yang lalu dan mengambil keputusan untuk mengikat tali sebagai suami dan isteri selepas masing-masing ikhlas menerima pasangan mereka seadanya. Dengan adanya video terkini, ia mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka turut rasa terharu dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan sejoli itu.
Reaksi Netizen
Netizen yang meninggal komen di hantaran tersebut juga berdoa dan berharap agar pasangan bahagaia ini terus berkekalan hingga ke syurga dan sama-sama melengkapi kekurangan masing-masing adar perkahwinan terbina terus diberkati Allah.



Kredit: TikTok NorfarrahSyahirah