Baru-baru ini tular sebuah video menyentuh hati yang memaparkan seorang pelancong wanita dari China menangis terharu selepas dibantu oleh seorang lelaki tempatan ketika berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

@kool101my

Mulia hati pak cik tolong pelancong dari China ni macam mana nak beli token train di stesen Kuala Lumpur.👏🏼❤️ Pelancong tersebut tak tahu kat mana nak beli token dan kebetulan pak cik ni nampak, dia tolong bawa ke mesin token dan siap tunjukkan arah platform sepatutnya. Ini lah bukti rakyat Malaysia memang prihatin lagi-lagi pada mereka yang dalam kesusahan!❤️😊 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #Berita #isusemasa #isuterkini

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Tindakan Ikhlas Pakcik Jual Tisu Bantu Pelancong China Cetus Rasa Sebak

Wanita berkenaan dilihat dalam keadaan keliru dan tidak tahu arah untuk ke destinasi yang dituju sebelum didatangi oleh seorang lelaki berbaju merah jambu dan berkopiah, yang kemudian dikenal pasti sebagai Tumin Wahab, seorang penjual tisu.

Menurut Tumin, beliau mengambil inisiatif membantu wanita itu selepas melihatnya mundar-mandir dalam keadaan buntu tanpa sesiapa yang tampil memberikan bantuan. Wanita itu menunjukkan sekeping nota destinasi Masjid Jamek dan berbicara dalam Bahasa Inggeris, yang walaupun tidak difahami sepenuhnya oleh Tumin, sudah cukup untuk membuatnya bertindak.

“Saya nampak dia seperti tidak tahu ke mana harus pergi, jadi saya bantu. Saya temankan dia sampai naik platform dan pastikan dia turun di tempat yang betul,” katanya ketika ditemu bual.

Dua hari selepas kejadian, pelancong tersebut kembali menemui Tumin, kali ini dengan membawa video detik bantuan yang dirakamnya. Ketika menunjukkan rakaman tersebut, wanita itu tiba-tiba sebak dan mengalirkan air mata, menyatakan bahawa dia rindukan arwah bapanya. Momen itu turut menyentuh hati Tumin yang terkenangkan anak perempuannya yang telah meninggal dunia.

“Masa dia menangis, saya pun rasa sayu. Saya teringat arwah anak saya,” luah Tumin yang tidak menyangka tindakannya tular kerana tidak memiliki telefon bimbit atau mengikuti media sosial.

Walaupun kisahnya mendapat perhatian ramai, Tumin menegaskan bahawa dia tidak mengharapkan sebarang ganjaran atas bantuan yang diberikan. Wanita itu hanya membeli tisu yang dijualnya dan memberikan RM2 sebagai penghargaan.

Kredit: Harian Metro

 

 

[fbcomments]