Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengambil tindakan menyekat akses ke laman sesawang Sugarbook.

Menurut kenyataan SKMM pada pautan tersebut, laman ini disekat kerana atas kesalahan didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berjaya menahan pengasas Sugarbook

Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan dipercayai merupakan pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji ‘Sugarbook’, petang semalam.

Memetik laporan akhbar online, suspek berusia 34 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu telah ditahan di ibu negara.

Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, sisatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, individu yang dipercayai merupakan pengasas aplikasi berkenaan ada memuat naik kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya dua hari lalu.

Saya minta maaf kerana kami tidak boleh melakukan apa-apa buat masa ini. Kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu anda membina hubungan moden. 

Kami percaya, kerajaan Malaysia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk rakyat. 

Jadi, saya ingin berterima kasih kepada anda semua yang percaya terhadap misi kami dan membantu membina komuniti kita sehingga hari ini.

Platform mencari teman

Terdahulu, media melaporkan ‘Sugarbook’ adalah platform mencari teman di antara wanita muda atau ‘sugar baby’ dengan lelaki berusia dan berharta atau digelar ‘sugar daddy’, menimbulkan kontroversi dalam kalangan warganet selepas ramai mendakwa semakin ramai wanita Malaysia terutamanya penuntut di 10 universiti yang menawarkan diri sebagai ‘sugarbaby’ di laman aplikasi itu.

[fbcomments]