Ini adalah kisah yang mengharukan dan menyentuh hati di mana dua orang anak yang ingin berjumpa dengan ibu bapa mereka kerana terlalu merindui orang tuanya.
Tidak seperti kanak-kanak lain, dua beradik dari wilayah Guangxi, Selatan China ini walaupun masih kecil, tetapi mereka terpaksa berjauhan dengan kedua ibu bapanya kerana kesempitan hidup.
Berpaut bawah bas selama 3 jam
Menerusi laporan media, dua beradik ditemui berpaut di bawah bas oleh pemandu bas, ketika dia mahu memeriksa bahagian bawah bas sebelum terkejut melihat dua orang budak cuba merangkak keluar dalam keadaan yang kotor dan berdebu dan difahamkan mereka telah berpaut lebih kurang 3 jam lamanya.
Kanak-kanak ini sangkakan jarak dari tempat kerja ibu bapa mereka itu dekat,tapi hakikat lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong yang mengambil masa lebih kurang 7 jam lamanya.
Keperitan menanggung rindu
Peritnya menanggung rindu sanggup mereka membahayakan keselamatan sendiri, tetapi mereka hanyalah kanak-kanak yang sudah lama dahagakan kasih sayang kedua ibu dan ayah.
Terlalu rindukan ibu dan ayah, itulah yang bergelodak di dalam jiwa dua beradik ini.