Negara tengah kecoh isu politik Malaysia yang berlaku ketika ini. Perkembangan terbaru pula mengenai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah meletak jawatan.
Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
Dalam tak sedar, mereka juga adalah pejuangan…
Sudah tentunya, pengamal media termasuklah wartawan, jurugambar dan video turut bertukus lumus memberikan perkembangan terkini dan juga berita yang sahih buat rakyat Malaysia.
Para pengalam media ini dilihat gigih bersengkang mata dan juga memerah kudrat sejak malam tadi demi tugasan mereka.
“Bawa satu beg kudapan utk kawan2…”
Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, beberapa geng media berbangsa Cina dikatakan membawa satu beg penuh dengan kudapan dan berkongsi dengan semua pengamal media yang berada di tempat kejadian.
Malah turut dikongsikan, ada sebahagian mereka dikatakan tidak menjamah sebarang makan semenjak pagi peristiwa ini berlaku.