Tiada lagi kuarantin di rumah. Kini setiap individu yang pulang ke Malaysia perlu menjalani kuarantin di tempat-tempat kuarantin tertentu bagi mengelakkan penularan. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.
Hal ini susulan daripada peningkatan kes sejak kebelakangan ini disebabkan pelanggaran kuarantin yang dilakukan oleh mereka yang pulang dari luar negara.
Tanggung kos sendiri
Penarikkan semula kelonggaran tersebut memerlukan mereka dikuarantin secara terus di pusat kuarantin wajib dan perlu menanggung kos secara sendiri bermula pada Jumaat ini iaitu 24 Julai 2020.