fbpx

Kedai minuman BubbleBee milik pelawak terkenal, Shuib Sepahtu semakin dikagumi ramai kerana kejayaan dalam bidang perniagaannya yang mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Namun baru-baru ini, cawangan terbaharunya di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa susulan tiada lesen perniagaan dan kad kesihatan.

Perkara tersebut tular selepas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memuat naik satu hantaran dalam Facebook.

Penutupan kedai minuman Bubblebee di Jalan Beserah kerana beroperasi tanpa lesen premis perniagaan. Selain dari tiada lesen perniagaan, pengendali makanan juga tidak mempunyai kad kesihatan.

Walau bagaimanapun, meninjau ruangan komen, seorang individu bernama Kamarul Deqwa yang mendakwa dia merupakan salah seorang staf bahagian pengurusan jenama berkenaan turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya lagi, masalah terbabit terjadi kerana setiap dokumen yang dihantar menggunakan khidmat ‘runner’ perlesenan, tidak diserahkan ke bahagian perlesenan MPK.

[fbcomments]