Selepas lima tahun tiada pendapatan akibat bisnes yang dijalankan diisytihar muflis, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan bahawa kini beliau terpaksa menumpang belas kasihan isterinya.
@buletin.tikt0k credit : youtube mstaronline #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas
Terpaksa Menumpang Rezeki Isteri
Menurut Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, beliau memaklumkan bahawa dirinya perlu mencari pekerjaan dalam masa terdekat untuk membayar segala keperluan dan juga membeli barangan menjelang raya.
Malah, Datuk Red juga mendedahkan baru-baru ini beliau terpaksa meminjam wang daripada Adira untuk membeli juadah buka puasa untuk anak-anak isteri pertamanya yang mesra disapa sebagai Datin Red.
“Tidak kisahlah orang kata saya macam biawak hidup, memang betul keadaan saya begini. Tambah lagi bila kenang sudah dekat hari raya. Saya kenang anak-anak, malu belakang kira. Anak-anak minta baju raya, tak akan saya nak minta Adira sedangkan saya sebagai bapa masih sihat lagi. Saya sudah janji dengan anak-anak saya untuk belikan mereka baju raya.
“Baru-baru ini, nak beli juadah berbuka puasa untuk anak pun saya tiada duit. Datin Red (isteri pertama) ada urusan di hospital dan minta saya uruskan anak-anak, kebetulan saya tiada duit langsung. Anak saya tiga orang berpuasa. Saya kemudian mesej Adira (isteri kedua), alhamdulillah dia bagi saya RM100 untuk pinjam”, luahnya ketika ditemu ramah.
Perlukan Pekerjaan Segera
Dalam pada itu, Datuk Red juga memberitahu sepanjang lima tahun beliau muflis, sudah pelbagai usaha yang dilakukan bagi mencari dan mendapatkan pekerjaan tetap namun ia tidak membuahkan sebarang hasil.
Malah ada juga yang menyarankan Datuk Red untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing. Walaupun begitu, ia masih tidak cukup bagi membayar hutang-hutang yang ada.
“Saya ini terlalu banyak hutang… sampai berjuta-juta. Ada yang cadangkan suruh saya jadi pemandu e-hailing tapi itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja.
“Saya pun tanya kawan-kawan saya untuk jadi ejen-ejen baju Melayu tapi mereka tak balas mesej saya. Nyawa saya pun sudah tidak lama, takkan saya nak mati dengan hutang,” luahnya lagi.
Lelah dan penat dengan ujian hidup, Datuk red turut mengakui bahawa dirinya pernah terfikir untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Akan tetapi dia bersyukur kerana masih memiliki pegangan agama dan menganggap ujian yang dilaluinya adalah sebahagian musibah dalam kehidupan.
“Bila fikir anak-anak dan agama saya terus kuat. Tapi sejujurnya saya memang tertekan dan down. Selama ini Adira yang banyak tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak kaitkan dengan dia. Dia pun manusia biasa ada keinginan, sudah lima tahun dia (Adira) tanggung biawak hidup,” katanya.
Kredit: Mstar, TikTok buletin.tiktok