Kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin dikhabarkan sedang mengalami kemelut rumah tangga.
Menurut laporan Kosmo, sumber rapat kepada pasangan itu menyatakan mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan sedang menjalani proses perceraian.
“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,”katanya.
Lebih menguatkan spekulasi apabila kelibat Emran tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghantar Nabila dan anak lelakinya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah pada Khamis lalu.

Sebelum ini, ianya menjadi tanda tanya apabila Nabila memadam semua foto bersama Engku Emran termasuk momen pernikahan mereka serta menukar gambar profil akaun Instagramnya sekitar Julai tahun lalu.
Malah, Nabila hanya memuat naik foto berdua bersama Jebat ketika sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu tanpa suami di sisi.

Nabila juga ada memuat naik di Instagram Story miliknya petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai selain usaha dalam sesebuah hubungan, namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.
Sekadar info, Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan mempunyai seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya ,14 namun pasangan itu bercerai pada 18 Februari 2014.
Malah dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sumber: Kosmo! Online