Mendirikan rumah tangga dalam sebuah perkahwinan sangatlah diimpikan bagi setiap insan di muka bumi ini, tidak kira rupa, usia dan darjat. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang wanita mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang bezanya 34 tahun tua darinya.

Usia Bukan Penghalang

Menurut sumber yang dipetik dari Kisah Dunia, wanita yang dikenali sebagai Pebriyanti Hardiansyah yang berusia 19 tahun telah memilih untuk berkahwin bersama pasangannya yang berusia 53 tahun. Apa yang lebih menarik lagi adalah suami kepada Pebriyanti ini ialah kawan kepada bapanya sendiri. Pertama kali mereka berjumpa adalah sewaktu beliau masih kecil lagi iaitu sekitar umur 5-6 tahun, berkunjung ke rumah ‘suami’nya dimana ketika itu beliau masih bersama arwah isteri.

Mula Rapat Selepas Bertukar Nombor

Apabila umur Pebriyanti sudah meningkat dewasa, ikatan antara mereka berdua telah berputik kembali semasa bapa kepada Pebriyanti membuat perjumpaan semula dengan sahabat-sahabat lama. Pada ketika itu, mereka berkunjung ke rumah suaminya yang mesra disapa sebagai Abi kerana mendapat berita bahawa beliau telah kehilangan isteri.

Walaupun begitu, hubungan mereka berdua semakin akrab selepas mula bertukar nombor dan sering berbual bersama. Pebriyanti akhirnya berjaya dilamar oleh Abi dan mereka telah berkahwin pada 1 Julai 2023 sejurus Abi datang ke rumahnya pada bulan Mei lalu untuk menyuntik si bunga.

Kredit: TikTok Biiii, Kisah Dunia

[fbcomments]