fbpx

Seperti yang kita semua tahu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kelapan Malaysia di Istana Negara.

Selepas memasuki pejabat pada hari pertama sebagai Perdana Menteri, beliau telah bertolak pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor bagi menziarahi pusara ibu dan ayahnya di Tanah Perkuburan Bakri Batu 1, hari ini.

Muhyiddin tiba bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum menuju pusara ayahanda, Muhammad Yassin Muhammad dan bondanya, Khadijah Kassim.

Beliau dilihat menjirus air mawar di kedua pusara sebelum membacakan doa kepada keduanya dan ahli keluarga yang meninggal dunia.

[fbcomments]