Siapa sangka, keriangan dan kegembiraan keluarga ini membuat persiapan sempena menyambut perayaan Deepavali bertukar tragedi berdarah apabila J Adithiyan, berusia 7 tahun telah tertusuk pisau yang sedang dipegang oleh kakak sepupunya dan maut di tempat kejadian.
Kempunan kari kambing dan bunga api
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Cempaka, Kampung Koh pada jam lebih kurang 10.20 malam ketika berada di rumah ibu saudaranya.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dikatakan berlari masuk ke rumah dan terlanggar sepupunya berusia 11 tahun yang sedang memegang pisau dan secara tidak sengaja tertusuk pisau di dadanya.
Mathialagan, 43, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga yang hanya tinggal rumah bersebelahan dan sememangnya sedang sibuk membuat persiapan perayaan.
Dia (Adithiyan) memang begitu teruja dan tidak sabar hendak bermain bunga api tetapi saya memberitahu supaya menunggu sehingga jam 12 malam.
Malam itu juga dia beritahu teringin nak makan kari kambing yang sudah siap dimasak, tetapi isteri memintanya menunggu sehingga esok, tetapi dua-duanya dia tidak sempat…