Ingat tak lagi dengan satu kisah viral, mengenai seorang lelaki yang menggantung poster untuk mencari jodoh?

Baru-baru ini khabarnya, dia yang dikenali sebagai Nooraziro Abdullah berusia 35 tahun akhirnya sudah bertemu pilihan hati.

“Saya tidak peduli orang nak cakap saya terdesak, asalkan dapat cari isteri.”

Jalan terakhir mencari jodoh

Itulah tindakan berani Nooraziro yang menggantung poster di tepi jalan sebagai jalan terakhir untuk mencari jodoh.

Nooraziro yang berasal dari Marang, Terengganu mengakui terpaksa menggunakan cara itu berikutan mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.

Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal. Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.”

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia sengaja meletakkan poster berkenaan di Kuala Dungun dan tidak di tempat yang mudah dikenali orang kampung.

“Saya tidak sangka pula perkara ini menjadi tular, namun mahu berfikiran positif mungkin ini penyebab untuk saya mendapat isteri. Ibu bapa serta adik beradik saya pun tidak tahu saya menggunakan kaedah ini untuk mencari jodoh.

Tiada ciri istimewa, asalkan dapat terima seadanya

Ditanya apakah ciri-ciri wanita pilihannya, Nooraziro tidak kisah asalkan dapat menerima dirinya seadanya.

“Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya. Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya.

Kini sedang hangat bercinta

Difahamkan, Nooraziro kini sedang hangat bercinta dengan seorang seorang wanita yang dikenali sebagai Ibah, 33, dari Pahang sejak Mac lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Aziro memaklumkan selepas dia memasang poster itu, terdapat lima orang wanita, termasuk Ibah yang cuba berkenalan dengannya, namun dia lebih serasi bersama Ibah.

“Selepas membuat iklan melalui poster itu saya berkawan baik dengan lima gadis sekali gus. Tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengan saya…”

Akan berkahwin dalam masa terdekat

Malah, Aziro memberitahu bahawa dia dan kekasihnya itu akan bernikah selepas sambutan Aidiladha, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan.

Menurutnya, semua ahli keluarganya sudah berjumpa dengan wanita itu dan mereka merestui hubungannya mereka.

“Saya dan Ibah merancang untuk kahwin pada Mei lalu tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang tarikh asal perkahwinan terpaksa dianjak.

“Paling cepat mungkin selepas sambutan Aidiladha nanti kami akan disatukan bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan.” 

[fbcomments]