Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi tumpuan ramai apabila isu penceraian mereka hangat diperkatakan. Antaranya sudah tentu berkenaan tuduhan Farid Kamil iaitu Diana mempunyai orang ketiga.
Pelakon Diana Danielle memuat naik sebuah Instagram story yang membidas perkara itu semalam.
Diana berkata anggapan dia mempunyai orang lain merupakan bukti pasangannya tidak mengenalinya.
“If you think for a minute that I have someone else it’s the foundational proof that you don’t know me at all,” ujar Diana.
Pelakon Imaginur itu berkata, selepasa patah hati dia merasa serik untuk bercinta lagi.
“For after losing in love with you my heart can no longer bear to ever let another break my heart again,” jelasnya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.