Tular video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya telah tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Kanak-kanak berusia 10 tahun

Difahamkan, kanak-kanak di dalam video tersebut baru sahaja berusia 10 tahun. Menurut kenyataandari Harian Metro, kanak-kanak itu telah datang bersama bapanya yang berusia 50-an di Balai Polis

Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berada di satu simpang tiga dan menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video berkenaan.

Hasil siasatan lanjut mendapati, rakaman video itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra pada 6 petang 8 November (semalam).

Tindakan diambil

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, pihak polis akan mengambil tindakan keatas penjaga kanak-kanak tersebut berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

Katanya, selain itu kanak-kanak lelaki terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar.

Tindakan juga diambil terhadap warisnya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor

Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya.

Berikutan itu, polis menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

[fbcomments]